Monday, April 4, 2016

CALON DUN N.16 MUARA TUANG

Hasrat untuk penduduk samarahan, khasnya kawasan dewan undangan N.16 Muara Tuang untuk mengetahui calon baru yang akan bertanding atas tiket BN tidak kesampaian bila segerombolan belia tempatan membawa sepanduk membantah uru-ura  calon 'orang luar' akan diangkat bagi menganti mantan YB Dato' Ali yang berpindah ke DUN N.17 Stakan.

Walaupun tindakan mereka dipandang sinis oleh salah seorang calon yang mendakwa bantahan tersebut didalangi oleh orang luar. Sekurang-kurangnya isyarat yang tersirat telah disampaikan. Generasi Y yang mendominasi golongan pengundi baru tidak boleh di ketepi semberono sahaja... jika kemenangan mutlak diimpikan

Thursday, December 22, 2011

Kesesakan di simpang masuk ke UITM Samarahan makin KRITIKAL


ISU ini pernah saya utarakan di ruangan ini dua tahun yang lepas, namun jangankan tindakan malah situasinya dah menjadi mimpi buruk bagi penduduk yang hendak balik ke kawasan Asajaya apatah lagi ketika air surut dan feri Samarahan tidak beroperasi. Kita boleh melihat kesesakan lalulintas hingga ke Desa Ilmu atau Bulatan INTAN. Ini belum di ambil kira kesesakan dari arah Asajaya yang ada kalanya hingga ke Jambatan Kampung Meranek. Ini memberi gambaran yang cukup tidak menyenangkan kepada status Kota Samarahan sebagai sebuah konstituensi yang cuba meletakkan diri sebaris dengan daerah pentadbiran yang dibanggakan. Yang lebih terkesan dengan fenomena ini juga sudah tentu para penghuni pusat pengajian tinggi berdekatan iaitu Universiti Teknologi Mara (UITM) kerana tiap hari mereka mengalami kesukaran keluar dari Pintu Utama kampus kerana kesesakan di Jalan Utama.

Pihak kami tidak pasti sama ada pihak berkuasa tempatan masih memikirkan kaedah penyelesaian yang paling efektif ATAU mereka sudah kekeringan idea, walau bagaimanapun masa dua tahun adalah terlalu lama untuk berbuat demikian.  Mimpi buruk ini telah sekian lama dilalui sesiapa sahaja yang melalui jalan ini lebih-lebih lagi ketika masa puncak tanpa bantuan pihak berkuasa.

Keadaan menjadi lebih kritikal bilamana para pengunjung gerai tepi jalan tanpa mempedulikan pengguna lain meletak kenderaan mereka sesuka hati dan menghalang lalu-lintas. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut dibarisi oleh para Kaunselor yang terpilih sepatutnya lebih sensitive dan maklum terhadap masalah  ini  dan berupaya memikirkan jalan penyelesaian yang efektif bukan hanya memikirkan elaun mesyuarat majlis semata-mata. Penyelesaian masalah ini pula perlulah dengan mengambil kira kebajikan peniaga tepi jalan berkenaan biarpun mungkin sebahagian masalah ini berpunca dari mereka.