Hasrat untuk penduduk samarahan, khasnya kawasan dewan undangan N.16 Muara Tuang untuk mengetahui calon baru yang akan bertanding atas tiket BN tidak kesampaian bila segerombolan belia tempatan membawa sepanduk membantah uru-ura calon 'orang luar' akan diangkat bagi menganti mantan YB Dato' Ali yang berpindah ke DUN N.17 Stakan.
Walaupun tindakan mereka dipandang sinis oleh salah seorang calon yang mendakwa bantahan tersebut didalangi oleh orang luar. Sekurang-kurangnya isyarat yang tersirat telah disampaikan. Generasi Y yang mendominasi golongan pengundi baru tidak boleh di ketepi semberono sahaja... jika kemenangan mutlak diimpikan

No comments:
Post a Comment